Tuesday, July 28, 2009

Ustaz Shamsuri

Sunday, May 17, 2009

16 Mei

Kata-kata Saiyidina Ali Karramah Allahu Wajhah
لَيْسَ الْجَمَالُ أَنْ تُزَيِّنَ بِأَثْوَابٍِ
إِنَّ الْجَمَالَ جَمَالُ الْعِلْمِ وَاْلأَدَب
لَيْسَ الْيَتِيْمُ من قَدْ مَاتَ وَالِدُهُ
إِنَّ الْيَتِيْمَ يَتِيْمُ الْعِلْمِ وَاْلأَدَبِ

Bukan kecantikan itu menghiasi diri dan pakaian
sesungguhnya kecantikan itu menghiasi diri dengan ilmu dan adab.
Bukanlah yatim itu seseorang yang kematian bapanya
sesungguhnya yatim yang sebenar apabila ketiadaan ilmu dan adab.

Sealamat Hari Guru, Jasamu Tetap Dikenang….

Monday, May 11, 2009



Wavy Text Scroller Maker
Comments - Graphics - Layouts

Sunday, May 3, 2009

FIKIRKANLAH

Hari ini

Sebelum kita mengatakan kata-kata yang tidak baik,
Fikirkan tentang seseorang yang tidak dapat berkata-kata sama sekali.

Sebelum kita mengeluh tentang rasa dari makanan,
Fikirkan tentang seseorang yang tidak punya apapun untuk dimakan.


Sebelum anda mengeluh tidak punya apa-apa,
Fikirkan tentang seseorang yang meminta-minta dijalanan.


Sebelum kita mengeluh bahawa kita buruk,
Fikirkan tentang seseorang yang berada pada keadaan yang terburuk di dalam hidupnya.


Sebelum mengeluh tentang suami atau isteri anda,
Fikirkan tentang seseorang yang memohon kepada Tuhan untuk diberikan teman hidup.


Hari ini
Sebelum kita mengeluh tentang hidup,
Fikirkan tentang seseorang yang meninggal terlalu cepat.


Sebelum kita mengeluh tentang anak-anak kita,
Fikirkan tentang seseorang yang sangat ingin mempunyai anak tetapi dirinya mandul.


Sebelum kita mengeluh tentang rumah yang kotor kerana pembantu tidak mengerjakan tugasnya,
Fikirkan tentang orang-orang yang tinggal dijalanan.


Dan di saat kita letih dan mengeluh tentang pekerjaan,
Fikirkan tentang pengangguran, orang-orang cacat yang berharap mereka mempunyai pekerjaan seperti kita.


Sebelum kita menunjukkan jari dan menyalahkan orang lain,
Ingatlah bahawa tidak ada seorangpun yang tidak berdosa.


Dan ketika kita sedang bersedih dan hidup dalam kesusahan,
Tersenyum dan berterima kasihlah kepada Tuhan bahawa kita masih hidup !

Saturday, May 2, 2009

CERAMAH MAULIDURRASUL


MAJLIS SUMBANGAN ZAKAT KEPADA FAKIR MISKIN



Saturday, April 25, 2009

PESANAN LUKMAN AL-HAKIM

Kata Lukman Al-Hakim kepada anaknya: "Wahai anakku apabila perutmu penuh dengan makanan (kenyang), maka akan matilah fikiran dan hikmah kebijaksanaanmu. "Semua anggota badan akan menjadi malas untuk melakukan ibadat dan akan hilanglah kebersihan hati serta kehalusannya di mana hati yang bersih itu hanya akan tercapai dengan kelazatan bermunajat (menghadap Allah dan memanfaat berzikir (ingat kepada Allah)."Kata Lukman Al-Hakim lagi: "Wahai anakku, jika sewaktu kecil engkau rajin belajar dengan tekun menuntut ilmu sebanyak-banyaknya, maka apabila kamu dewasa kelak (pada hari tua), kamu akan memetik buahnya dan kamu akan menikmatinya. Selanjutanya, katanya: "Wahai anakku, kamu ikutlah ketika orang membawa jenazah, janganlah kamu mengikuti jamuan perkahwinan kerana jenazah itu dapat mengingatkan engkau akan kesusahan daripada hidupmu di dunia yang fana ini. Sementara majlis perkahwinan membangkitkan nafsu berahi dan ini membuat kamu berasa senang dengan kehidupan dunia. Kata Lukman Al-Hakim: "Wahai anakku aku telah memikul banyak batu besar, aku juga telah mengangkat besi yang berat, tetapi aku tidak pernah berasa sesuatu yang lebih berat daripada tangan yang buruk perangainya." Lukman Al-Hakim berkata lagi: " Wahai anakku! Aku sudah merasakan segala benda yang pahit, tetapi aku belum pernah merasakan sesuatu yang lebih pahit daripada kemiskinan dan kehinaan."