Saturday, February 28, 2009

MAJLIS TA'ARUF USTAZ-USTAZ 1430 H / 2009 M

Penganjur : Biro Dakwah & Pelajaran ( Ustaz Wan Kamal )

Tarikh :
2 Mac 2009
(Malam Selasa)
Masa :
Selepas Solat Fardhu Isya'
Tempat :
Masjid Al Hidayah Wattaqwa.


Semua ustaz-ustaz yang tinggal di sekitar masjid dijemput hadir.

Wednesday, February 25, 2009

GOTONG ROYONG DI MASJID

Tarikh : 6 Mac 2009
Masa : 7.30 pagi
Tempat : Kawasan Masjid

Aturcara :

8.00 Pagi : Senaman pagi ( Tn. Hj. Kasri )
8.20 Pagi : Taklimat ( Tn. Hj. Fadeli )
8.35 Pagi : Membersih di kawasan masjid
10.00 Pagi : Minum pagi & bersurai.
Semua AJK Dijemput Hadir & Ahli Jamaah Dijemput Hadir.

NAFSU

"Sesungguhnya nafsu manusia itu sangat menyuruh melakukan kejahatan". ( Yusuf:53 )

Adapun nafsu manusia itu mempunyai tiga tingkatan iaitu:-

1.Nafsu Ammarah

iaitu nafsu yang membawa pada keburukan

2.Nafsu Lawwamah

iaitu nafsu yang mencela

3.Nafsu Mutma'innah

iaitu nafu yang tenang lagi tenteram


Perbezaan antara nafsu dan akal itu amatlah besar. Nafsu sentiasa menginginkan kenikmatan tanpa mengira batasan syara' manakala akal sentiasa membawa manusia pada perbuatan yang rasional,yang mengikut landasan syara'. Di situlah terletaknya fungsi akal. Sentiasa mengawasi nafsu agar sentiasa menuju ke arah kebaikan. Ibaratnya nafsu sebagai anak kecil yang buas dan akal sebagai ayah yang sentiasa menjaga anaknya dari apa-apa perkara yang membahayakan anaknya.

Sebagai kesimpulan,kita perlulah memastikan agar nafsu kita sentiasa menuruti akal. Kita perlu mendidik nafsu sehingga segala kehendak nafsu akan seiring dengan akal,seiring dengan landasan syara'. Moga-moga segala mujahadah yang kita lakukan mendapat ganjaran daripada Allah S.W.T.

Wallahu'alam..

10 Kelebihan ILMU Berbanding HARTA

1. Ilmu lebih baik daripada harta kerana ilmu adalah pusaka nabi-nabi, manakala harta adalah pusaka Qarun dan Firaun.

2.Ilmu lebih baik daripada harta kerana ilmu memelihara kamu, tetapi kamu pula yang memelihara harta.

3.Ilmu lebih baik daripada harta kerana orang yang berilmu ramai taulannya dan sebaliknya orang yang berharta ramai seterunya.

4.Ilmu lebih baik daripada harta kerana ilmu apabila dinafkahkan akan bertambah, tetapi harta pula apabila dinafkahkan akan berkurangan.

5.Ilmu lebih baik daripada harta kerana orang yang berilmu diseru dengan nama yang mulia, manakala orang yang berharta diseru dengan nama bakhil.

6.Ilmu lebih baik daripada harta kerana ilmu tidak perlu dipelihara daripada pencuri, tetapi harta perlu dipelihara daripada pencuri.

7.Ilmu lebih baik daripada harta kerana orang yang berilmu akan diberi syafaat diakhirat nanti, manakala orang yang berharta akan dihisab hartanya.

8.Ilmu lebih baik daripada harta kerana ilmu tidak akan binasa, manakala harta pula akan binasa.

9.Ilmu lebih baik daripada harta kerana ilmu itu melembutkan hati dan harta pula mengeraskan hati.

10.Ilmu lebih baik daripada harta kerana yang berilmu mendakwa kehambaan dan yang berharta mendakwa ketuhanan.

Pastikan Arah Qiblat Betul

INFO: Kaedah Penentuan Kiblat

Berpandukan kepada matahari dan bintang. Ia khusus apabila dalam keadaan terdesak seperti di tengah hutan belantara pada malam yang gelap gelita atau pada musim cuaca yang tidak menentu

> Cara 1.
Pada waktu malam yang gelap, cari bintang tiga sederet dalam bentuk Buruj Belatik (Babadur Orion) dan kaedah ini memerlukan kepada pengetahuan ilmu bintang.

> Cara 2
Dengan memandang ke arah langit pada malam yang gelap gelita carilah bintang Qutbi (Polaris). Inilah satu-satunya bintang paling tepat arah utara bumi. Dengan berpandukan bintang ini arah kiblat boleh dicari tetapi kaedah ini memerlukan pada pengetahuan ilmu bintang.

> Cara 3
Jika pada waktu siang bolehlah merujuk kepada posisi matahari dengan memerhatikan arah ia terbit dan terbenam. Arah terbit pada sebelah timur dan arah terbenam pada sebelah barat. Sebelah barat adalah arah kedudukan Makkah secara rawak dan ia boleh dijadikan panduan bagi menentukan arah kiblat.

> Cara 4
Dengan menggunakan posisi ¡Istiwa¢ iaitu matahari di atas Kaabah. Kaedah ini berpandukan kepada kedudukan matahari yang akan berada tepat pada suatu tempat. Bagaimanapun kaedah ini hanya berlaku dua kali dalam setahun dalam pergerakan matahari iaitu pada 28 Mei dan 16 Julai.


INFO: Kaedah moden tentu kiblat

Pengiraan arah kiblat

Hitungan berdasarkan kepada konsep arah di sepanjang bulatan gedang bumi (great circle).

Membabitkan model Matematik sfera yang mengandungi koordinat geografi tempatan dan koordinat geografi rujukan (Kaabah).

Kompas Prismatik

Penandaan arah kiblat dengan kompas banyak diamalkan di kalangan masyarakat Islam masa kini. Arah yang ditunjukkan oleh sesuatu kompas merujuk ke arah utara.

Arah utara magnet tidak semestinya bersamaan arah utara benar. Perbezaan arah utara ini dipanggil sebagai sudut serong magnet.

Antara masalah yang boleh timbul menggunakan kompas ialah tarikan graviti tempatan apabila ada bahan logam atau arus elektrik di sekeliling kompas digunakan. Boleh digunakan sebagai alat alternatif jika alat lebih sesuai tiada.

Penggunaan Teodolit

Teodolit ialah antara alat moden yang diguna pakai oleh kebanyakan juru ukur dan pihak yang melakukan kerja menentukan arah kiblat.

Alat itu digunakan untuk mengukur bacaan sudut secara mendatar dan menegak. Ia memberi kejituan bacaan tinggi dan tepat.

Tuesday, February 24, 2009

7 Amalan Sunnah Terpuji

Hendaknya kita selalu menjaga tujuh sunnah Nabi setiap hari. Ketujuh sunnah Nabi SAW itu adalah:

Pertama:
tahajjud, kerana kemuliaan seorang mukmin terletak pada tahajjudnya.

Kedua:
membaca Al-Qur'an sebelum terbit matahari Alangkah baiknya sebelum mata melihat dunia, sebaiknya mata membaca Al-Qur'an terlebih dahulu dengan penuh pemahaman.

Ketiga:
jangan tinggalkan masjid terutama di waktu shubuh. Sebelum melangkah kemana pun langkahkan kaki ke masjid, kerana masjid merupakan pusat keberkahan, bukan kerana panggilan muadzin tetapi panggilan Allah yang mencari orang beriman untuk memakmurkan masjid Allah.

Keempat:
jaga solat dhuha, kerana kunci rezeki terletak pada solat dhuha.

Kelima:
jaga sedekah setiap hari. Allah menyukai orang yang suka bersedekah, dan malaikat Allah selalu mendoakan kepada orang yang bersedekah setiap hari.

Keenam:
jaga wudhu terus menerus kerana Allah menyayangi hamba yang berwudhu. Kata khalifah Ali bin Abu Thalib, "Orang yang selalu berwudhu senantiasa ia akan merasa selalu solat walau ia sedang tidak solat, dan dijaga oleh malaikat dengan dua doa, ampuni dosa dan sayangi dia ya Allah".

Ketujuh:
amalkan istighfar setiap saat. Dengan istighfar masalah yang terjadi kerana dosa kita akan dijauhkan oleh Allah.

Zikir adalah bukti syukur kita kepada Allah. Bila kita kurang bersyukur, maka kita kurang berzikir pula, oleh kerana itu setiap waktu harus selalu ada penghayatan dalam melaksanakan ibadah ritual dan ibadah ajaran Islam lainnya. Zikir juga merupakan makanan rohani yang paling bergizi, dan dengan zikir berbagai kejahatan dapat ditangkal sehingga jauhlah umat manusia dari sifat-sifat yang berpangkal pada materialisme dan hedonisme.

Wallahualam...